Sunday, December 2, 2018

SIAPA NAK TAHU CARA PENJAGAAN KAKI BAGI PESAKIT KENCING MANIS ?

Penjagaan kaki
Anda sudah tahu cara penjagaan kaki yang betul? 


Kaki Oh Kaki...


Tahukah anda kaki kita terdiri daripada 26 tulang, 33 sendi, 107 ligamen dan 19 otot. Satu per empat daripada tulang di dalam badan kita terletak di kaki. Jadi, bila tulang tidak sejajar, maka badan kita akan menjadi kurang seimbang. 

Terdapat pelbagai sebab yang boleh menyebabkan masalah pada kaki antaranya : 

- Penyakit
- Saiz kasut yang salah
- Kaki telah dimamah usia
- Peredaran darah yang kurang baik
- Kuku kaki yang tidak dipotong dengan betul. 

Kaki yang tidak dijaga dan dibersihkan dengan betul boleh menimbulkan masalah seperti jangkitan kulat, kulit kaki kering dan pecah, kematu, cekam, atau ketuat.


Jadi, BAGAIMANA cara penjagaan kaki yang betul? Ikuti: 

9 TIPS PENJAGAAN KAKI YANG BETUL


1. Basuh kaki & jari kaki dengan bersih setiap kali anda mandi. Keringkan kaki & celah-celah jari kaki dengan tuala bersih. Sekali sekala anda boleh rendamkan kaki di dalam air suam bercampur sedikit garam. 

2. Urut lembut kaki untuk galakkan pengaliran darah pada kaki atau lakukan senaman renggangan kaki. 

3. Elakkan aktiviti yang boleh mengurangkan peredaran darah ke kaki, seperti:

- Kasut yang ketat
- Duduk terlalu lama
- Duduk bersilang kaki terlalu lama
- Memakai seluar terlalu ketat 

4. Gunakan losyen atau pelembap untuk mengelakkan tumit kaki kering dan merekah

5. Sentiasa gunakan kasut atau selipar yang lembut dan selesa sama ada di dalam ataupun di luar rumah. 

6. Gunakan sarung kaki yang dapat menyerap peluh iaitu dari jenis bulu dan kapas. Pastikan ia tidak ketat & menghalang peredaran darah. 

7. Tukar sarung kaki setiap hari 

8. Pakai kasut yang bersih & kering. Jangan pakai kasut yang lembap/ basah. 

9. Potong kuku jari kaki dan tidak terlalu pendek. 



Anda dah tahu cara penjagaan kaki yang betul? Mudah kan? 
Tapi, perasan tak kita selalu abaikan penjagaan kaki sendiri? 

Penyelesaian Masalah Kaki anda ada di sini! 


Jadi, sekarang ni, saya nak kongsikan pula  kepada anda semua cara MUDAH untuk selesaikan masalah kaki anda! 

- Kaki Kebas?
- Kaki Sengal atau selalu lenguh? 
- Selalu cramp? 
- Masalah sukar tidur


 Berminat nak tahu cara selesaikannya? 

Stokin V ken baik untuk melancarkan pengaliran darah anda. 
Selesa di pakai dengan kain yang tebal & berkualiti tinggi. Mempunyai ion negatif yang baik untuk tubuh anda! Cepat grab sebelum stok habis! 

No comments:

Post a Comment